Monday, October 28, 2013

The SECOND one.. MUHAMMAD S.A.W

Bismillah...

Harap-harap tak tersalah tulis. Eh, tak.! Kalau setakat typo tu lantak lah kan. Ni masalahnya kita bila cakap bab agama, haaa. Tak ke cuak engko rasa.? Macam-macam boleh jadi. Mula-mula kau salah tulis, pastu orang salah klik entry kau, pastu orang salah faham yang kau bukan master bab cenggini, pastu orang mengata, pastu orang lain sebarkan dan lepastu kau menangis tak berlagu. Aku peduli semua tu. Serius aku peduli. Sebab ni bukan cerita aku. Ini cerita perihal agama. Ok then, kalau aku salah tolong lah betulkan. Tak perlu tulis kat facebook, twitter, kata aku itu ini. Aku salah, aku tetap salah. Btw, maaf lah kalau rasa aku mungkir janji. Aku demam dah tiga hari. Hari ni, Alhamdulillah. Dah makin pulih.! yeay.! haha..


Tak ke engko menangis baca tu.? Aku tak boleh nak cakap banyak. Tak tau kenapa..

#Rara

Wednesday, October 23, 2013

Yang 'PERTAMA'

Bismillah..

Uish, seram sejuk je rasa nak bincang pasal cinta yang satu ni. Almaklumlah, aku pun bukan lah hamba Nya yang paling taat. Jauh sekali aku rasa untuk menghidu haruman SyurgaNya. Semalam baru je aku cakap, cinta Allah dulu. Yes.! Sekali lagi aku cakap, CINTA ALLAH DULU.! 'Dulu' tu bukan maksud aku, cinta Allah dulu-dulu pastu engkorang dapat cinta manusia sekarang. Bukan okay. Aku lempang kang. Serius sikit.! haih.

Ok sambung. Argh.! Takut nak cakap sebenarnya. Aku tak tau kenapa. Mungkin sebab aku tak terlalu baik macam yang orang sangka. Engkorang sangka aku baik ke.? haha. Ok serius. haih. Susah beno nak dapat mood serius. Erm. Aku nak cakap ni. Engkorang baca bebetul. Aku cakap ni bukan sebab aku baik sangat. Tau, tau. Anggap lah aku cakap ni sebab aku nak nasihatkan diri sendiri, sekaligus engkorang pun terkena tempias nasihat aku ni kan. Hmm. Allah. Susah beno haih.


Sejauh mana engkorang sayang Allah. Eh, jangan tanya aku. Korang je yang boleh jawab sendiri. Korang je yang tau isi hati korang. Tau banyak mana Allah sayang kita.? Sampaikan kita berbuat dosa paaaling besar pun (kecuali dosa syirik), kalau kita bertaubat masih Allah terima. Allahuakbar. Selagi mana dosa hanya antara kita dan Dia, taubatlah dengan ikhlas. Allah tau setiap isi hati hambanya. Allah berfirman, “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nisaa’: 110). Tapi.! Kalau dosa kita melibatkan hati antara manusia, mohon maaf kepada yang terlibat. Keampunan orang tu sangat besar nilainya. Nampak sayang Allah.? Dia maha pengampun. So, nikmat Allah yang mana lagi nak kita dustakan.?

Jap. Yang ni bukan aku cakap sebab aku marah, bukan sebab aku rasa aku bagus, jauh skali aku nak perasan aku pasti masuk syurga. Bukan, bukan. Aku cakap ni, untuk ingatkan diri aku, ingatkan engkorang skali. Aku bukan tak pernah rasa jauh dari Allah. Aku bukan tak pernah tinggal solat. Aku bukan tak pernah lupa nikmat. Punya lah jahat. Tapi satu yang aku pasti, engkau akan sentiasa ingat Allah bila kau tak lupa solat. Setiap kali kita solat, setiap kali tu kita akan rewind balik dosa yang kita pernah buat. Baru kita tau besar mana kesalahan kita. Benda paling aku risau, bila kita leka dan alpa dengan cinta manusia. Kadang-kadang memang kita tak nampak salah kita. Aih, time tengah bercinta aku rasa semua yang kita cakap tu betul. Kita tau ape yang kita buat tu salah, tapi sebab cinta, tafsiran tu kau bolak-balikkan. Benda salah jadi betul. Kan.? Menangis bila fikir balik. Yang aku harap, aku tak pernah lupa Dia selagi aku waras. Kalau aku salah, tegur.! Aku manusia. Aku mudah alpa. Aku mudah leka.

Sudah lah. Aku tak pandai nak membebel panjang sebenarnya. Tapi aku nak jugak ingatkan diri aku, kawan2 aku, family aku, kesayangan aku. Semua lah.! Jangan tinggal solat. Kalau dah sedar kita salah, jangan lupa taubat. Niatlah yang kita taknak buat benda tu lagi. Pastu jangan niat je. Buat benda lain. Dah tau salah kan.? Aku marah ni. haha. Ape pun, ingat. Dalam hati kau, memang DIA YANG PERTAMA. Allah S.W.T ...

#Rara

Ehem, sebabkan kau dah tau Allah yang pertama, so kau dah boleh agak siapa yang kedua, ketiga and seterusnya kan.? Aku khas kan entri cinta kita ikut turutan sampai ke cinta manusia. In shaa Allah.. Till next entry, engkorang tunggu je lah kalau aku sempat nanti. :)

Tuesday, October 22, 2013

Cinta, Cinta, Cinta.!!


Heyy.! :)
Haa, teruja tak engkorang baca tajuk tu.? hahaha. Meh aku bagi tau. Aku antara orang yang PAAAAALING susah nak meluah rasa. Hmm. Bukan ape. Ah, tak reti lah nak cakap sayang2 ni. Tak.! maksud aku, aku tak reti nak bagi tau aku sayangggg korang. (ibu, ayah, family, kengkawan, cinta hati.) Eh.!  haha. Ok gurau. 

Semalam. Aku dengan Hani memang macam biasa, daripada celik je mata sampai nak tutup balik mata waktu malam memang akan membebel berborak itu ini. Oh, btw thank you whatsapp. Tiba2 terlajak bab cinta. Hani dengan tak semena tanya aku, apa definisi cinta bagi aku.? kahkah. menggigil nak jawab woi. tapi biarlah kan. Dengan tabah aku menjawab segala persoalan. Tengahari tadi, sampai je kat office nampak mek dok membebel kat twitter dan dengan tak semena aku pun terjerumus ke kancah bahagia. Sila faham topik itu juga berkaitan cinta. Ok, bukan cinta. Bercakap perihal kawin terus.! OMGEE. Haha. Entah kenapa sehari dua ni diorang macam dah takde topik lain nak cakap. Menyampah.! haha

Dengan hujan lebat ribut petir kilat sabung menyabung, (amboi dramatik nya) aku pun duduk sengsorang dan terfikir. Dah kenapa semua orang asyik sangat dengan cinta.? Kenapa.? Dengan redha dan pasghah, aku sendiri buat konklusi. Kita dah tua.! *type sambil menangis* Ok. bukan tua actually. Getting older lah kan.? DUA PULUH tahun. Hey, kengkawan yang lain pun ade yang dah kawin tau. haha. Bila aku sedar yang aku bukan lagi kanak-kanak riang yang dibenarkan menangis hentak kaki sbb tak dapat gown barbie design terbaru, terus tak tau nak describe rasa hati. Hey, tuanya aku.! haha.

Sebenarnya bukan itu yang aku nak cakap. hahaha. Aku nak engkorang describe rasa cinta mengikut usia. Ha, kalau dulu mase sekolah rendah. Aku tak rasa korang faham cinta macam sekarang. Aku dulu, masa sekolah rendah aku masih lagi jatuh cinta dengan rakan sekelas sebab mak dye slalu bawakkan bekal. Dengan harapan aku boleh tumpang kasih sayang dari bekal yang mak dye bagi tu. Masuk sekolah menengah, aku mula faham cinta zaman remaja. Dah kenapa aku bajet aku bukan remaja skarang ni.? haha. Ok tak. Maksud aku, cinta zaman sekolah menengah dulu lain sikit daripada cinta zaman universiti. Masa zaman sekolah, sempat lah aku bercinta tiga empat tahun, yang akhirnya Allah takdirkan bukan dia. Al-Fatihah.. *tarik nafas dalam* Ok. Dan yang aku tengah rasa skarang ni mungkin cinta zaman universiti. Alhamdulillah. Cinta yang sangat-sangat best.! Bila sentiasa ada kawan2 yang sanggup bersusah senang. Yes.! Bukan tak ada rasa duka, tapi lebih banyak bahagia. So, it win.! haha. Hakikatnya, hidup kita penuh dengan rasa CINTA. So, hargailah selagi masih ada yang sudi bahagia bersama. 

Cuma satu pesan aku, Cinta Allah dulu. Cinta Nabi. Cinta ibu. Cinta Ayah kamu. 
Barulah cinta pada mereka yang kamu perlu.
Beri cinta pun kena kuat, dan jangan sedih kalau satu hari nanti andai 'yang kamu cinta' pergi dan berlalu. Kadang-kadang, ada cerita yang dia tidak tahu. 

p/s : I LOVE YOU
#Rara

Monday, October 21, 2013

And i'm back here, AGAIN.!

ASSALAM..

Hmm. Rasa janggalnya.! haha.

Ok, sebenarnya mcm ni. Puncanya... Disebabkan aku ni penuh dengan kasih sayang insan sekeliling, tiba2, datang seorang sahabat, mintak aku mula bercerita. Again.! Yang tak menahan, siap cakap " kau buat lah blog balik, Farah. Aku bosan ni cuti lama-lama." Aku pun dengan sesenyum reply whatsapp dye. "Dah kenapa aku yang kena.?" Dye balas lagi. "Sebab kehidupan kau kan penuh dengan warna-warni." (baca dengan sengih lebar sebab kau dicop orang paling bahagia) Ok. Hahahaha. Ok. Ni yang aku nak cakap. Mungkin itu yang kau nampak. Tapi..



PELANGI.!

Rasa itu kita punya.
Rasa itu rasa kita.

Engkau tahu.?
Aku punya sejuta rasa.
Aku punya rasa cinta.
Aku punya rasa bahagia.
Aku punya rasa hati berbunga.

Tapi,
Pernah engkau tahu,
Mana kecewa.?
Mana sengsara.?
Mana derita.?

Ah, aku cuba sedaya upaya.
Yang cipta bahagia itu kita.
Yang beri rasa itu Yang Maha Esa.
Jadi, engkau simpan cerita lara engkau hebahkan rasa suka.

Tiada beza antara kita.
MANUSIA..

Kita selalu sesengih sambil pegang tangan yang tercinta, nampak pelangi mula bayangkan ceritera bahagia. Hati kita suka. Pernah terfikir andai kita juga pelangi senja.? Apa kita rasa saat kita perlu lenyapkan jiwa saat kita baru mencecah rasa cinta pada dunia.? ok. Terluka. Amboih, deepnya.! haha

#Rara